Petua



1. Udang Tahan Lama

- Udang yang disimpan lama di dalam peti sejuk pastinya akan menjadi hitam di bahagian kepala dan kulitnya. Untuk
menjadikan udang tahan lebih lama, campurkan udang
tersebut dengan perahan air limau nipis. Simpan ke dalam
peti sejuk untuk beberapa hari. Selamat mencuba.

2. Rebung Tahan Lebih Lama
- Untuk menyimpan rebung supaya tahan lebih lama, celur
rebung terlebih dahulu hingga separuh empuk. Tos airnya
dan masukkan rebung ke dalam bekas yang bertutup. Isikan
bekas dengan air dan simpan di dalam peti sejuk.

3. Melembutkan Daging
- Campurkan beberapa helai daun nangka dalam masakan
daging. Biarkan seketika dan daging akan lebih lembut dan
mudah dimakan.

4. Melazatkan Ikan Air Tawar
- Bersihkan ikan dengan air asam jawa. Kemudian ratakan
cuka pada ikan. Bilas dengan air bersih. Bolehlah dimasak
mengikut cara anda.

5. Lada Kering Elak Bau
- Ambil beberapa tangkai lada kering dan masukkan ke dalam nasi berbau hangit. Biarkan seketika dan anda akan dapati nasi tersebut tidak lagi berbau hangit.

6. Elak Lemak Sup Berkumpul
- Untuk mengatasi masalah lemak pada permukaan sup,
ambil ketulan ais dan bungkus dengan kain yang bersih.
Letakkan kain di sekitar lemak dan lemak akan melekat
pada kain tersebut.

7. Hilangkan Kotoran Pada Kulit Kerang
- Ambil segenggam garam kasar, masukkan ke dalam bekas
berisi air yang mengandungi kerang. Kemudian potong lebih
kurang 3 sentimeter pelepah pisang dan gunakan ia untuk
menggosok kulit kerang tersebut. Hasilnya dapat dilihat
dalam masa 2 minit.

8. Bubur Kacang Lebih Enak
- Sebelum merebus, gorengkan kacang tanpa minyak
terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan berbau wangi.
Selepas itu, rendam kacang dalam air lebih kurang 2 jam
supaya kacang cepat kembang dna lebih cepat dimasak.
Untuk memekatkan bubur kacang, masukkan sedikit biji
sagu, pasti bubur kacang akan lebih enak.

9. Menghilangkan Gatal Sayur Keladi
- Untuk menghilangkan rasa gatal pada sayur keladi,
masukkan pelepah pisang yang dikerat sepanjang satu inci
ke dalam masakan keladi. InsyaAllah, ia tidak akan gatal
malah lebih sedap.

10. Tip Menyimpan Sayuran
- Sebelum simpan, jangan cuci sayuran untuk mengelakkan
cepat busuk. Bagi sayuran hijau, masukkan dalam bekas
tanpa tutup dan tambah sedikit perahan limau nipis untuk
mengekalkan kesegarannya.

11. Hilangkan Hanyir Ayam dan Daging
- Ambil sedikit tepung gandum dan beberapa helai daun
limau purut. Diramas bersama ayam dan daging. Biarkan
seketika.

12. Peti Sejuk Tidak Berbau
- Ambil sebiji nanas dan cincang sehingga hancur. Masukkan
ke dalam sebuah bekas plastik. Letakkan ke dalam peti
sejuk selama beberapa hari. Bau busuk akan hilang.

13. Hilangkan Kesan Kopi
- Sapukan sedikit ubat gigi pada cawan atau gelas yang
melekat dengan kesan kopi. Ambil sehelai kain bersih dan
gosokkan pada bahagian tersebut. InsyaAllah, kesan kopi
akan hilang.

14.Elakkan Sambal Sotong Menjadi Cair
- Gorengkan sotong tanpa minyak terlebih dahulu. Tos
sotong tersebut kemudian tumiskan sambal seperti biasa
dan masukkan sotong tadi.

15. Hilangkan Pahit Jantung Pisang
- Untuk menghilangkan pahitnya, jantung pisang yang
dipotong hendaklah dimasukkan ke dalam air garam.
Biarkan ia beberapa minit. Setelah itu, ramas jantung pisang
tersebut sebelum dimasak. InsyaAllah, rasa pahitnya akan
hilang.

16. Elak Lemak Sup Berkumpul
- Untuk mengatasi masalah lemak pada permukaan sup, ambil ketulan ais dan bungkus dengan kain yang bersih. Letakkan kain di sekitar lemak dan lemak akan melekat pada kain tersebut.

17. Menghilangkan Pahit Peria
- Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

18. Membersihkan Minyak Gorengan
- Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

19. Udang Sentiasa Segar
- Untuk mengelakkan udang menjadi busuk dan tidak segar, anda boleh mencuba petua ini. Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut semasa hendak menyimpannya ke dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang itu segar dan tahan lama.

20. Menghilangkan Bau Peti Sejuk
a) Letakkan arang di dalam peti sejuk
b) Letakkan esen vanilla di dalam bekas yang kecil dan simpan dalam peti sejuk. InsyaAllah peti sejuk akan berbau harum dan segar.

21. Menghilang Bau Hangit Nasi

-Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba

Wednesday, October 14, 2009

Petua Di Dapur

29. Cili Kering Tahan Lama
- Sewaktu mengisar cili kering, campurkan sedikit minyak masak. Cili kering yang dikisar
boleh disimpan lama malah sebilangan biji cili kering juga mudah hancur.

30.Daun Limau Purut Tak Mudah Layu
- Masukkan daun limau purut tersebut di dalam bekas kedap udara. Kemudian simpan di
tempat beku dalam peti sejuk. InsyaAllah daun itu segar harum dan boleh digunakan lagi.

31. Warna Kelam Pada Cawan
-Cara membersihkan warna kelam pada cawan ialah dengan merendamnya ke dalam air panas atau suam yang bercampur perahan limau nipis dan garam. Selepas kira-kira 15 minit, cuci dengan span seperti biasa. Cawan akan kelihatan bersih tanpa ada warna kelam dan kekuningan lagi.

32. Bunga Cengkih Halau Lalat
-Ambil beberapa kuntum bunga cengkih masukkan ke dalam cawan atau mangkuk yang berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. InsyaAllah, lalat-lalat yang berterbangan itu akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda. Selamat mencuba.

Thursday, October 8, 2009

Petua Di Dapur

22. Elakkan ikan melekat dalam kuali
-Mengangkat ikan yang digoreng agak sukar jika tidak begitu garing. Caranya, ambil beberapa
keping asam keping dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan akan lebih
mudah diangkat dan tidak hancur.

23. Hampas Kelapa Hilangkan Bau Lumpur Siput Sedut
-Rendam siput tersebut semalaman bersama dengan hampas kelapa. Bersihkan siput sedut
seperti biasa sebelum memasak. Hasilnya nanti akak membuat anda tersenyum puas hati
kerana rasa siput yang lebih enak.

24. Kekalkan kesegaran ayam
-Ayam yang telah dipotong-potong tidak perlu dibersihkan. Malah, ambil tepung gandum
dan lumurkan pada setiap ketulan ayam yang telah dipotong. Kemudian, simpan di dalam
bekas yang tertutup rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Bersihkan ayam tersebut jika
hendak memasaknya. Selamat mencuba.

25. Elak getah buah pada tangan
-Ambil sedikit tepung gandum dan sapukan pada keseluruhan tapak tangan. Kemudian,
barulah adan boleh mula mengupas buah atau sayur. InsyaAllah, getah pada buah dan
sayur tidak lagi melekat pada tangan.

26. Bawang goreng wangi & rangup
- Kupas bawang, rendam dalam air garam selama 10 minit. Kemudian bilas sebelum dihiris
nipis-nipis. Masukkan tepung gandum (mengikut kuantiti bawang) dan gaul rata. Goreng
bawang tersebut atas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan dalam bekas kedap
udara. InsyaAllah bawang goreng akan tahan lebih lama, lebih wangi dan rangup.

27. Hilangkan pahit mee kuning
-Untuk mengelakkan rasa pahit mee, cuba anda rendamkan mee di dalam air suam yang
telah dicampurkan dengan sesudu gula. Setelah 15 minit, toskan ia. Hasilnya, rasa pahit mee
kuning tiada lagi.

28. Sayur kembali segar dengan cuka
-Untuk mengembalikan kesegaran sayur, rendam sayur-sayuran tadi di dalam air yang
dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dapat mengembalikan kesegaran
sayur itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yang direndam tadi.