Petua



1. Udang Tahan Lama

- Udang yang disimpan lama di dalam peti sejuk pastinya akan menjadi hitam di bahagian kepala dan kulitnya. Untuk
menjadikan udang tahan lebih lama, campurkan udang
tersebut dengan perahan air limau nipis. Simpan ke dalam
peti sejuk untuk beberapa hari. Selamat mencuba.

2. Rebung Tahan Lebih Lama
- Untuk menyimpan rebung supaya tahan lebih lama, celur
rebung terlebih dahulu hingga separuh empuk. Tos airnya
dan masukkan rebung ke dalam bekas yang bertutup. Isikan
bekas dengan air dan simpan di dalam peti sejuk.

3. Melembutkan Daging
- Campurkan beberapa helai daun nangka dalam masakan
daging. Biarkan seketika dan daging akan lebih lembut dan
mudah dimakan.

4. Melazatkan Ikan Air Tawar
- Bersihkan ikan dengan air asam jawa. Kemudian ratakan
cuka pada ikan. Bilas dengan air bersih. Bolehlah dimasak
mengikut cara anda.

5. Lada Kering Elak Bau
- Ambil beberapa tangkai lada kering dan masukkan ke dalam nasi berbau hangit. Biarkan seketika dan anda akan dapati nasi tersebut tidak lagi berbau hangit.

6. Elak Lemak Sup Berkumpul
- Untuk mengatasi masalah lemak pada permukaan sup,
ambil ketulan ais dan bungkus dengan kain yang bersih.
Letakkan kain di sekitar lemak dan lemak akan melekat
pada kain tersebut.

7. Hilangkan Kotoran Pada Kulit Kerang
- Ambil segenggam garam kasar, masukkan ke dalam bekas
berisi air yang mengandungi kerang. Kemudian potong lebih
kurang 3 sentimeter pelepah pisang dan gunakan ia untuk
menggosok kulit kerang tersebut. Hasilnya dapat dilihat
dalam masa 2 minit.

8. Bubur Kacang Lebih Enak
- Sebelum merebus, gorengkan kacang tanpa minyak
terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan berbau wangi.
Selepas itu, rendam kacang dalam air lebih kurang 2 jam
supaya kacang cepat kembang dna lebih cepat dimasak.
Untuk memekatkan bubur kacang, masukkan sedikit biji
sagu, pasti bubur kacang akan lebih enak.

9. Menghilangkan Gatal Sayur Keladi
- Untuk menghilangkan rasa gatal pada sayur keladi,
masukkan pelepah pisang yang dikerat sepanjang satu inci
ke dalam masakan keladi. InsyaAllah, ia tidak akan gatal
malah lebih sedap.

10. Tip Menyimpan Sayuran
- Sebelum simpan, jangan cuci sayuran untuk mengelakkan
cepat busuk. Bagi sayuran hijau, masukkan dalam bekas
tanpa tutup dan tambah sedikit perahan limau nipis untuk
mengekalkan kesegarannya.

11. Hilangkan Hanyir Ayam dan Daging
- Ambil sedikit tepung gandum dan beberapa helai daun
limau purut. Diramas bersama ayam dan daging. Biarkan
seketika.

12. Peti Sejuk Tidak Berbau
- Ambil sebiji nanas dan cincang sehingga hancur. Masukkan
ke dalam sebuah bekas plastik. Letakkan ke dalam peti
sejuk selama beberapa hari. Bau busuk akan hilang.

13. Hilangkan Kesan Kopi
- Sapukan sedikit ubat gigi pada cawan atau gelas yang
melekat dengan kesan kopi. Ambil sehelai kain bersih dan
gosokkan pada bahagian tersebut. InsyaAllah, kesan kopi
akan hilang.

14.Elakkan Sambal Sotong Menjadi Cair
- Gorengkan sotong tanpa minyak terlebih dahulu. Tos
sotong tersebut kemudian tumiskan sambal seperti biasa
dan masukkan sotong tadi.

15. Hilangkan Pahit Jantung Pisang
- Untuk menghilangkan pahitnya, jantung pisang yang
dipotong hendaklah dimasukkan ke dalam air garam.
Biarkan ia beberapa minit. Setelah itu, ramas jantung pisang
tersebut sebelum dimasak. InsyaAllah, rasa pahitnya akan
hilang.

16. Elak Lemak Sup Berkumpul
- Untuk mengatasi masalah lemak pada permukaan sup, ambil ketulan ais dan bungkus dengan kain yang bersih. Letakkan kain di sekitar lemak dan lemak akan melekat pada kain tersebut.

17. Menghilangkan Pahit Peria
- Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

18. Membersihkan Minyak Gorengan
- Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

19. Udang Sentiasa Segar
- Untuk mengelakkan udang menjadi busuk dan tidak segar, anda boleh mencuba petua ini. Perahkan air limau nipis ke atas udang tersebut semasa hendak menyimpannya ke dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang itu segar dan tahan lama.

20. Menghilangkan Bau Peti Sejuk
a) Letakkan arang di dalam peti sejuk
b) Letakkan esen vanilla di dalam bekas yang kecil dan simpan dalam peti sejuk. InsyaAllah peti sejuk akan berbau harum dan segar.

21. Menghilang Bau Hangit Nasi

-Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba

Monday, November 16, 2009

33. Tauhu tahan lebih lama
      - untuk menyimpan tauhu lebih lama, didihkan air dalam periuk. Masukkan kepingan tauhu dan biarkan ia
        mendidih.

34. Hilangkan bau dan rasa pada pengisar
      - bau dan rasa bahan makanan yang dikisar di dalam pengisar biasanya boleh mengganggu rasa bahan
         makanan lain yang turut dikisar menggunakan pengisar yang sama. Bagi menghilangkan rasa tersebut, 
        ambil tiga sudu besar garam halus, kemudian masukkan secawan air dan kisar atau goncangkan mesin
        pengisar tersebut. Insya-Allah, bau dan rasa tersebut akan hilang dengan serta merta.

35. Segarkan daging dengan mentimun
      - daging yang disimpan agak lama tentulah kurang sedap untuk dimakan, tetapi jangan dibuang. Cara
        untuk mengatasinya amat mudah dan murah. Anda hanya perlu menyediakan beberapa biji buah
        mentimun. Parut mentimun tadi dan ramaskan pada daging yang hendak dimasak. Biarkan sekejap dan
        bersihkan. Daging yang pada mulanya tidak segar dan berbau, menjadi lebih segar. Selamat mencuba.